Sunday, November 1, 2009

Rape Rape Kill!

Lama gua tak buat kerja-kerja exercise jari. Dulu bukan main silih berganti. Sekarang dah berdebu atas rak almari. Bunyi *kreng kreng krap* pun gua dah lama tidak dengar.

*krak* *tap* *kreng kreng krap*

Gua baru nak mula menembak. Masuk filem pun terbalik sekarang. Tepu otak gua! Fokus pun nak kena jeling manual. Macam baru belajar Iqra' satu. Menggigil woi gua nak tekan shutter! Gua dah lama tidak merasa sebegini punya perasaan. Feel dia macam baru dapat kamera sahaja. Macam gampang tahap parkinson jari gua ni. Elak siplis tak naik jari jaa!

Monday, September 7, 2009

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan Gua.


Rim mantap, bar boleh tahan tinggi, body sexy, spoke putih, seat post tonggek, hub licin, barang menggoda, eksessori tambahan ketat lagi. Woi gua cakap pasal basikal-lah!

Thursday, August 27, 2009

Puas Puasa!


Puasa bukan sahaja sekadar menahan lapar dan dahaga. Puasa memberi impak kepada mata dan mulut gua supaya mengurang-kan kadar mencarut selepas melihat koleksi-koleksi kasut yang sengaja gua buka sampai full view satu screen komputer. Macam ni baru ada gaya nak menahan nafsu. Sekali gus membuat-kan gua lebih kental iman. Daring tak daring stunt yang gua bikin!

Saturday, August 22, 2009

Tetapi, Mengapa Harus Gua?

Malam itu semacam punya seronok bagi gua. Hostel gua buat makan BBQ ala sambutan Ramadhan gitu. Ayam panggang gua jolok, laksa gua sumbat, apa sahaja yang dihidang-kan memang tak lari alignment mulut gua nak kunyah. Gua ingat air sirap lemon itu yang bikin gua mabuk sampai tertidur.

Gua buka mata, siling putih yang berlubang dengan kesan tampalan yang tidak sekata membuat-kan gua paham dimana gua berada ketika itu. Entah mengapa malam itu hujan. Gurun dan petir menyambar ke muka bumi. Sejuk yang amat membuat-kan kaki gua kejang-kejang manja. Gua meraba selimut sekeliling tilam gua sambil menutup mata. Maklum-lah 3-4 pagi berjaga di banggunan lama, kena-lah pura-pura tidur. Baru selamat.

Tak jumpa selimut, gua panggil member sebelah tilam gua. Gua tepuk body dia sikit. Peh dia punya selimut ada feel gua kata lu. Kasar tapi halus. Dapat sarung time hujan ini memang nyenyak tidur. Gua buka mata nak tengok selimut siapa yang hangat benor malam itu.

Memang benar kata member gua. Yang dah kena, gua gelak-kan. Bila gua kena, memang macam kena sawan. Apa yang gua pasti malam itu memang pocong yang baring sebelah gua. Gua toleh ke arah yang bertentangan. Menggigil kesejukan dan ketakutan. Dentuman petir jatuh ke tanah. Gua tersentak. Gua memeluk badan sehingga terlelap. Pagi itu, gua periksa kalendar, memang tak disangkal lagi kalau bukan hari Jumaat. Memang dah rezeki gua nak jumpa benda itu. Gua masih menggigil nak taip ni woi!

Sunday, August 16, 2009

Yang Manis Itu Racun!

Kepala otak gua runsing semacam sejak kebelakangan ni. Buka saja web-web pra-tempatan, mesti gua dapat kechap aktiviti anak-anak muda semenanjung ini. Bagi gua, remaja sosial sebegini terlalu terikut-ikut dengan budaya yang 'top-ranking'. Mula member kasi sepam dua itu Winston light, lepas itu kasi cucuk turun gig indie, tengok brader two step terer mula-lah nak kacip sama scene hadko. Petang petang main skate pula, kasi kaki retak sana sini. Baru daring bak kata chicks. Belum cukup lagi, kasi leher sangkut kamera. Nampak bergaya sedikit.

Tapi itu gua tak kisah sangat. Mampuih depa-lah nak buat apa pun. Gua kisah apa. Gua sebenar-nya tak dapat turun KAED FESTIVAL anjuran UIA minggu ni. Ada budak tegur nampak gambar gua kat wall. Macam setan gua punya debor dengar khabar berita. Ahh sialan!